Tragedi Aidilfitri, Punca Masih Belum Dikenalpasti

5 APRIL 2025

Oleh: IMAN SALSABILA

Penyunting: HUREEN ZUHAIRA

Keadaan di lokasi kebakaran membabitkan dua buah rumah dan sebuah kenderaan di Taman Batu Gajah Pasir, Merlimau pada Sabtu.

MERLIMAU – Kedamaian sambutan Hari Raya Aidilfitri berubah cemas apabila dua buah rumah dan sebuah kenderaan hangus dijilat api di Taman Batu Gajah Pasir, kira-kira 6.30 petang. 

Menurut saksi, Nurul Ain, 23, yang menetap berhampiran berkata, beliau terdengar bunyi riuh-rendah sebelum terlihat api mula marak dan menyambar sebuah kenderaan Pajero yang terletak dalam pekarangan rumah tersebut. 

“Tapi mangsa sempat melarikan diri melalui pintu belakang rumahnya,” tambahnya. 

Sementara itu, laporan daripada Komander Operasi, PBK II, Saiful Hairi bin Ishak, menyatakan seramai 6 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, dengan bantuan tambahan 5 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu telah terlibat dalam operasi pemadaman api tersebut. 

Hampir setengah jam masa yang diambil oleh pihak bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut sepenuhnya. 

Kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Negeri.


Mengenai kami

Nadi Bangi adalah portal akhbar makmal Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pandangan atau kandungan yang disiarkan tidak mewakili UKM. Ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi suara warga kampus, Nadi Bangi menyajikan laporan berita, rencana khas, serta pandangan kritis berkenaan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus.