MBI Sumbang Foodbox Sempena Majlis Hari Raya Aidilfritri PPDK 

13 APRIL 2025

Oleh: AINUR KHAIRUNNISA ZULKIFLI

Penyunting: SYAHERAH AZMI

Majlis berbuka puasa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Kanagapuram di Hotel Ibis Petaling Jaya

PETALING JAYA – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Kanagapuram  menerima sumbangan kotak makanan (foodbox) keperluan asas daripada Menteri Besar Incorporated Selangor, YAB Dato Seri Amiruddin Shari, sempena sambutan Aidilfitri yang  berlangsung di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti, Petaling Jaya.  

Sambutan Aidilfitri ini merupakan satu inisiatif yang dijalankan bagi meraikan anak-anak  istimewa khususnya serta warga kerja, ahli JawatanKuasa, ibu bapa dan para pelatih di  PPDK. Antara aktiviti yang dijalankan adalah jamuan menu hari raya, penyampaian duit  raya untuk pelatih dan kanak-kanak serta pemberian foodbox kepada pelatih.  

Menurut, Pengerusi Ahli Jawatankuasa PPDK Kanagapuram merangkap Ahli Majlis Zon  15, Petaling Jaya Selatan, Ahmad Akhir Pawan Chik, tujuan majlis ini diraikan adalah  untuk mengeratkan ukhwah antara petugas, ahli jawatankuasa, ibu bapa pelatih dan  komuniti setempat di samping membuka peluang jalinan kerjasama yang baik di antara  satu sama lain dalam program pemulihan anak-anak istimewa di sini. 

Turut hadir, Penyelaras PPDK Daerah Petaling, Nur Zulina Mansor, Mantan Ahli Parlimen  Petaling Jaya Selatan, YB Hee Loy Sian, Barisan Ahli Majlis Petaling Jaya Selatan,  Noorah Mansor, Ravidren, Asogan Subramaniam serta barisan Ahli JawatanKuasa  PPDK Sofea.

Mengenai kami

Nadi Bangi adalah portal akhbar makmal Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pandangan atau kandungan yang disiarkan tidak mewakili UKM. Ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi suara warga kampus, Nadi Bangi menyajikan laporan berita, rencana khas, serta pandangan kritis berkenaan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus.