Belakang Kereta Remuk Disondol Kurier

29 MAC 2025

Oleh: IRFAN FIRDAUS

Penyunting: NURALIAA DIYANA

Sungai Buloh - Dua buah kereta jenis Perodua Axia mengalami kerosakan teruk dalam kemalangan di kawasan perumahan Halya 1, Alam Perdana. Kemalangan itu melibatkan kurier dan sebuah kereta milik seorang pelajar Universiti. 

Mangsa, Mohd Firdaus Mohd Ishak yang juga merupakan seorang penuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam, dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia tidak menyedari dan telah cuba sehabis baik untuk memastikan bahawa jalan raya itu selamat untuk digunakan. 

“Saya sedang mengundur setelah melihat keadaan jalan yang kosong dan sewaktu mengundur tiba-tiba kereta dilanggar dengan kuat sehingga terasa seperti ditarik ke belakang,” katanya 

Mangsa yang berumur 21 tahun itu berkata bahawa dia terlebih dahulu memastikan keselamatan penumpang sebelum memeriksa keadaan kereta kemudian barulah memeriksa keadaan kenderaan yang dinaiki serta kenderaan yang melanggarnya. 

Penolong Pegawai Penyiasat Polis Daerah Kuala Selangor, Sarjan Ahmad Shahrulnizam Ahmad Fauzi telah mengesahkan kejadian pada jam lebih kurang 4 petang itu membabitkan dua buah kereta jenis Perodua Axia. 


Rakaman Kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kemalangan antara dua buah kereta

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berumur 28 tahun semasa sedang menghantar barangan pelanggan telah merempuh kereta mangsa yang terdiri daripada seorang pemandu dan tiga orang penumpang. 

“Mangsa sedang mengundur keretanya kebelakang untuk keluar dari perkarangan rumah sebelum dilanggar dan mengakibatkan kerosakan teruk dibahagian belakang kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

CCTV menunjukkan keadaan sebelum pelanggaran 

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua buah kereta terpaksa ditunda keluar dari kawasan kemalangan manakala para pemandu selamat tanpa sebarang kecederaan serius begitu juga dengan para penumpang,” katanya 

Beliau berkata, mangsa dikenakan denda atau hukuman kompaun sebanyak RM300 mengikut Akta Pengangkutan Jalan (AJP) 1987 dibawah subseksyen 53(1) kerana didapati bahawa mangsa telah menggangu laluan utama sewaktu mengundur kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berdasarkan penilaian melalui rakaman kamera litar tertutup. 

Dentuman kuat semasa kejadian turut menarik perhatian penduduk sekitar yang keluar untuk melihat keadaan di lokasi.

Mengenai kami

Nadi Bangi adalah portal akhbar makmal Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pandangan atau kandungan yang disiarkan tidak mewakili UKM. Ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi suara warga kampus, Nadi Bangi menyajikan laporan berita, rencana khas, serta pandangan kritis berkenaan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus.